BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Wanita maut, motosikal ditunggang bertembung kereta

BINTANGOR: Seorang wanita maut setelah motosikal ditunggang bertembung dengan sebuah kereta di Jalan Selidap,di sini,malam tadi.

Dalam kejadian jam 8.45 malam itu,mangsa Nur Syahadah Abdullah, 27, dari Jalan Drahman Keria, Sarikei, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala dan anggota badan.

 Ketua Polis Daerah (KPD) Meradong, DSP Sekam Anoi berkata, ketika kejadian berlaku mangsa dari arah Bintangor menuju ke Sarikei manakala pemandu kereta dari arah Sarikei menuju ke Bintangor. 

"Siasatan awal mendapati pemandu kereta memotong dan masuk kelaluan bersebelahan terus berlanggar dengan motosikal mangsa secara berdepan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Sarikei untuk tindakan selanjutnya. 

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »