BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Tokan dadah di Serian tumpas


SERIAN:Dua tokan dadah diberkas Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik,Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serian di rumah tidak bernombor di Kampung Koran Mawang, di sini,jam 7 pagi tadi.

Kedua-dua suspek seorang lelaki dan wanita berusia 29 tahun ditahan. 

Ketua Polis Daerah Serian,Deputi Superintendan Aswandy Anis berkata, dalam pemeriksaan di bilik tidur suspek di tingkat atas rumah terbabit,pihak polis menjumpai satu beg warna coklat di bawah katil.

"Apabila diperiksa menjumpai satu kotak rokok warna merah jenama Pall Mall di bahagian tengah beg yang berzip dan di dalamnya berisi dua paket lutsinar masing-masing berisi ketulan-ketulan kristal disyaki dadah jenis methamphetamine dengan berat kasar 10.91 gram. 

"Siasatan awal yang dijalankan kedua-dua suspek mengaku 
kesemua dadah yang dirampas akan diedarkan kepada penagih-penagih dadah di kawasan Serian,"katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, nilai keseluruhan dadah yang dirampas dianggarkan bernilai RM1,200.

"Hasil saringan awal air kencing salah seorang suspek positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine.

"Kedua-dua suspek direman selama empat hari mulai hari ini  di Balai Polis Serian sehingga siasatan ke atas saspek selesai,"katanya.

Kes  disiasat di bawah Seksyen 39(a)(1)ADB 1952.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »