BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Tiga rumah panjang di DUN Tamin terima bantuan bahan binaan

SIBU 15 Julai: Tiga buah rumah panjang di sini menerima bantuan bahan binaan di bawah Projek Penambahbaikan Rumah Miskin Sarawak (PPRMS) bagi kawasan Dun Tamin.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamin Christopher Gira Sambang berkata, bantuan bahan berkenaan iaitu jubin dan atap spandek.

Katanya, bantuan jubin untuk 19 pintu Rh Uta di Batu 72 Jalan Sibu Bintulu, Selangau manakala atap spandek untuk dua buah lagi rumah panjang iaitu Rh Abert Lapok (15 pintu) Sg Pelugau Balingian Selangau dan Rh Miggi (18 pintu) di Batu 21 Jalan Bukit Tanggi, Sibu.

“Kerja pembinaan akan dilaksanakan oleh penduduk rumah panjang secara gotong royong.”

“Semoga bantuan ini dapat meringankan beban penduduk yang terlibat,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook hari ini.

Turut hadir menyerahkan bahan binaan wakil pejabat Daerah Selangau Lau Song Ho, ketua kaum, kaunsoler, pegawai Pusat Khidmat dan penduduk setempat.




Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »