BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Tiga ditahan dalam Op Mabuk IPD Kuching malam tadi

KUCHING: Tiga ditahan kerana memandu di bawah pengaruh alkohol dalam operasi Op Mabuk serta lain-lain kesalahan trafik Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching di Jalan Padungan,di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Awang Din Awang Gani berkata,dalam operasi mulai jam 9.30 malam hingga 1 pagi itu,tiga lelaki berusia 22,24 dan 26 tahun diarahkan menjalani ujian awal pernafasan menggunakan alat ‘Screening Device II’ (SDII)
"Ujian pernafasan kedua menggunakan mesin Evidential Breath Analyzer (EBA) untuk mengesahkan kandungan alkohol dalam badan didapati dua orang positif manakala seorang lagi negatif,"katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, seramai 83 orang telah diperiksa membabitkan motosikal (16), kereta(32), 4WD(6) dan Van(3)


"Sebanyak 35 saman dikeluarkan kerana kesalahan tiada lesen memandu (2),gagal tunjuk lesen (7), kenderaan tiada hon (3), nombor plet tidak ikut peraturan (7), tiada no pendaftaran (3), tiada cermin pandang belakang (2),ubahsuai ekzos (3), tidak pakai topi keledar (2),ubahsuai struktur (1), lesen tamat tempoh (1) dan tidak pamer cukai jalan (4),"jelasnya.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »