BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Terpedaya Love Scam Facebook, Jurujual Kerugian RM35,550 di Sibu

SIBU - Seorang jurujual wanita berusia 34 tahun kerugian RM35,550 selepas terpedaya dengan kenalan Facebook bernama David Lee Ching mengenai tawaran kiriman hadiah percintaan yang tidak wujud baru-baru ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sibu Suprintenden Zayadi Sebeli berkata, mangsa mengenali suspek di Facebook pada 21 Mei lalu dan berhubung hampir sebulan malah jatuh hati dengan layanan David.

Katanya, mangsa mula memindahkan wang selepas suspek menawarkan kiriman bungkusan hadiah berupa wang tunai USD 20,000 bersamaan RM87,087 kepada mangsa.

"Pada 29 Mei lalu, mangsa terima pesanan whatsapp daripada nombor 01116257912 memperkenalkan diri sebagai Siti iaitu ejen pindahan wang antarabangsa memaklumkan jika ingin menebus kiriman wang dikirim David perlu membuat beberapa pembayaran bagi melepaskan kiriman berkenaan. 

"Mangsa yang merasa gembira terpedaya dan membuat beberapa kali pembayaran seperti yang diarahkan sehingga mencecah RM 35,550," jelasnya dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi.

Tambahnya, setelah membuat kesemua pembayaran berjumlah RM 35,550, mangsa masih diminta membuat pembayaran sebanyak RM27,500 bagi tujuan cukai pendapatan asing menyebabkan dia tersedar bahawa dirinya telah ditipu dan membuat laporan polis.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »