BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Tekong ditangkap cuba bawa keluar PATI

KUCHING: Markas Divisyen Pertama Infantri mematahkan cubaan tekong membawa keluar Pendatang Asing Tanpa Izin(PATI) ke Indonesia melalui lorong tikus berhampiran kawasan kebun, Kampung Biawak, Lundu kira-kira satu kilometer dari sempadan Malaysia-Indonesia pagi tadi.

Jurucakap Sel Perhubungan Raya Markas 1 Divisyen berkata, pada jam 9 pagi, lima anggota 11 RAMD sedang menjalankan Operasi Kerangka menahan sebuah kenderaan pacuan empat roda(4WD) Toyota Hilux dan mendapati seorang wanita warga tempatan bersama enam orang lelaki warga Indonesia cuba melalui lorong tikus menuju ke Indonesia.

"Setelah ditahan dan diperiksa, dua warga Indonesia mempunyai pasport tamat tempoh manakala empat orang lagi tiada dokumen perjalanan yang sah.

"Seorang wanita warga Malaysia merupakan tekong turut ditahan bagi
siasatan lanjut,"katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, kesemua suspek termasuk barangan seperti telefon bimbit, wang tunai Malaysia dan Indonesia serta kenderaan 4WD dianggarkan bernilai RM 58,913 dibawa ke Balai Polis Lundu untuk tindakan selanjutnya.

"Melalui Op Benteng pihak Tentera Darat melalui formasi 1 Divisyen dan
pasukan di bawah naungan sentiasa berwaspada dan meningkatkan lagi
kawalan keselamatan dalam menangani sebarang kejadian yang boleh
mengganggu gugat keselamatan dan kedaulatan begara terutama dalam
menangani jenayah rentas sempadan,"ujarnya.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »