BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Tanah runtuh, penduduk rumah panjang Gangeng Eli terputus hubungan

KAPIT: Runtuhan tanah menyebabkan
penduduk di rumah panjang Tuai Rumah (TR) Gangeng Eli di Nanga Sebenda Baleh,di sini,terputus hubungan.

Kejadian yang berlaku jam 4 petang semalam disebabkan hujan lebat yang turun sejak tengah hari.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak Mejar Ismail Mahedin berkata,pada masa ini laluan berkenaan masih lagi belum dapat dilalui sebarang kenderaan.

"Ini disebabkan laluan dipenuhi kelodak dan lumpur akibat runtuhan,wakil dari Pejabat Daerah dan Jabatan Kerja Raya Kapit sudah menjalankan pemantauan serta pemeriksaan ke lokasi runtuhan,"katanya di sini hari ini.

Katanya,ini bagi membolehkan tidakan selanjutnya dijalankan bagi memastikan jalan terbabit dapat dilalui semula. 

"Pemeriksaan terperinci juga akan dijalankan bagi memastikan laluan berkenaan selamat digunakan atau tidak dalam masa terdekat ini,"ujarnya.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »