BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Tanah NCR hilang kerana tiada enakmen perlindungan, Joshua Jabeng

KUCHING, 13 Julai: Setiausaha Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak, Joshua Jabeng  mencadangkan Enakmen Rizab Tanah Hak Adat (NCR) diperkenalkan bagi melindungi tanah NCR milik penduduk negeri ini seperti Enakmen Rizab Melayu di Semenanjung.

"Kalau di Semenanjung ada dikatakan Enakmen Rizab Melayu yang tujuan mempastikan tanah hak adat Melayu tak akan hilang, kekal selama-lamanya, tidak boleh dijual sebarang kepada orang yang bukan Melayu supaya kekal milik orang Melayu di Semenanjung," katanya ketika menjadi panel membahaskan isu Ekonomi: Perspektif Anak Muda dan Komuniti Terpinggir di Sarawak yang disiarkan di laman Facebook Keadilan Sarawak, semalam.

Joshua berkata di Sarawak kerana ketiadaan enakmen yang serupa, tanah NCR banyak hilang, telah dicuri dan dijual dari belakang kepada syarikat-syarikat atau  pemilik lain yang bukan pemilik asal tanah NCR terbabit.

Katanya ini kerana selepas 57 tahun, sudah banyak pemimpin politik Dayak bersilih ganti, namun tidak ada yang memberi perhatian penuh kepada pemilikan sah tanah-tanah NCR rakyat.

"Mereka tidak tahu, mungkin tidak terpelajar, tidak tahu maksud undang-undang, tidak faham prosedur (Jabatan) Tanah dan Survei bagaimana menguruskan tanah supaya orang memiliki (tanah) asal boleh memiliki sijil hak tanah,"katanya.

Berikutan itu, Joshua bercadang memperkenalkan Enakmen Rizab NCR di Sarawak yang serupa Enakmen Rizab Melayu di Semenanjung sekiranya rakyat memberi peluang parti terbabit menjadi kerajaan negeri.


Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »