BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Talib lawat projek Rakyat di Jepak


KUCHING, 9 Julai: Dua projek bina baharu penghadang tanah runtuh bernilai lebih RM1.5 juta di dua rumah panjang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak kini dalam pembinaan.

Menurut laman Facebook, Corporate Communication JKR Sarawak hari ini salah satu projek terbabit ialah di Rumah Layuh Anak Muyang, Jalan Ulu-Sebauh yang bernilai RM1.5 juta.

Manakala satu lagi projek terbabit berserta sistem perparitan bagi Rumah Muhan Anak Sawang yang bernilai RM96,000.

Menteri di Jabatan Ketua Menteri (Integriti dan Ombudsman) Datuk Talib Zulpilip telah meninjau perlaksanaan dua projek rakyat terbabit bersama pegawai JKR Bintulu hari ini.

Mereka ialah Jurutera Bahagian JKR Bintulu, Lau Pit Hwa dan Penolong Jurutera Bahagian JKR Bintulu, Chieng Siong Ming serta wakil dari pejabat daerah dan residen Bintulu, ketua kaum dan ketua masyarakat.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »