BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Tak sedar diserbu ketika leka layan judi mahjong, daun terup

KUCHING:Lapan individu termasuk seorang wanita hanya 'terpaku' diserbu pihak polis ketika sedang leka bermain judi mahjong dan daun terup di kawasan tepi rumah di Sungai Tapang, di sini petang semalam.

Dalam serbuan jam 4.30 petang itu, kesemua mereka berusia antara 21 hingga 60 tahun berjaya ditangkap.

Ketua Polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padawan, Superintendan Aidil Bolhassan berkata,beberapa peralatan dipercayai digunakan untuk aktiviti perjudian termasuk 52 keping daun terup, dua biji dadu, 120 biji mahjong, dua buah meja dan 10 kerusi plastik serta wang tunai berjumlah RM555.

 "Kesemua suspek mengaku bermain judi di lokasi terbabit ketika ditangkap.

"Tiga daripada suspek mempunyai rekod kesalahan jenayah lampau di bawah Seksyen 7(2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Seksyen 3(1) Ordinan Penganiayaan Binatang 1963,"katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya,kesemua suspek ditahan dan dibawa ke IPD Padawan untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 7(2) Akta Rumah Judi Terbuka(ARJT)1953.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »