BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Suspek curi batang aluminium di Metrocity diberkas

KUCHING: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching berjaya menyelesaikan kes kecurian batang aluminium yang dilaporkan berlaku di salah sebuah tapak projek pembinaan Metrocity pada 9 Julai lalu.

Dalam aduan yang diterima daripada penyelia tapak pembinaan tersebut menyatakan dia telah ternampak dua suspek lelaki sedang memasukkan batang aluminium yang siap diikat ke dalam kenderaan, kemudiannya dengan segera telah beredar dari tempat kejadian.
Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Awang Din Awang Gani berkata, sejurus laporan diterima maklumat berkenaan ciri fizikal kedua-dua suspek dan juga jenis kenderaan telah disalurkan kepada bahagian Risikan / Operasi (Bahagian Siasatan Jenayah). 

"Dengan maklumat dan risikan yang telah diperoleh,dua suspek kemudiannya berjaya ditangkap pagi tadi bertempat di Jalan Datuk Temenggong Tan Meng Chong oleh Team Lejang Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kuching.
"Kedua-dua sabjek merupakan warganegara tempatan berumur dalam lingkungan 20 hingga 30-an,"katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya,dalam tangkapan tersebut, turut dirampas oleh pihak polis adalah sebuah kenderaan jenis Proton Iswara yang dipercayai digunakan semasa kejadian untuk mengangkut barang curi.

"Susulan tangkapan tersebut, ujian saringan air kencing telah dilakukan ke atas kedua-dua saspek dan mendapati kedua dua mereka positif dadah jenis methamphetamine.

"Semakan kesalahan lampau juga menunjukkan kedua-dua suspek ini mempunyai kes dadah dan salah seorang suspek juga pernah ditangkap bersabit kes pecah rumah sebelum ini,"ujarnya.

Beliau berkata,berdasarkan soal siasat awal, pihak polis percaya kedua-dua suspek sememangnya terlibat dalam kes kecurian batang aluminium terbabit
yang mana mereka telah menjual batang aluminium tersebut ke sebuah premis membeli barangan lusuh di Jalan Batu Kawa.

"Berpandukan keterangan yang diperoleh pihak polis BSJ IPD Kuching telah berjaya membuat rampasan barang kes dan juga resit pembelian atas nama salah seorang suspek yang menjualnya ke kedai barang lusuh tersebut. 

"Penjaga kedai barang lusuh dan pekerjanya telah dibawa ke pejabat Pegawai Penyiasat JSJ IPD Kuching untuk siasatan lanjut,"katanya. 

Awang Din berkata, kedua-dua suspek akan dibawa ke hadapan majistret bagi permohonan reman di bawah seksyen 117 KPJ esok hari.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »