BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Stesen Pertanian perlu jadi ikon, Uggah

KUCHING, 13 Julai: Kementerian Permodenan Pertanian Sarawak akan mengkaji semula konsep stesen pertanian yang ada di negeri ini. 

Timbalan Ketua Menteri dan Menteri Pemodenan Pertanian, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata demikian dan ini bagi memastikannya dapat seiring dengan objektif kerajaan Sarawak yang mahu memodenkan sektor pertanian.

"Kami mahu mereka (stesen pertanian) mempunyai kawasan demonstrasi bagi memperkenalkan kaedah pertanian moden,"katanya ketika melawat Pusat Latihan Pertanian Sg. Sebiew di Bintulu, semalam.

Douglas Uggah kebanyakkan pusat atau stesen itu ketika ini mempunyai kawasan tanah yang kecil untuk secara berkesan memainkan peranan terbabit.

Sehubungan itu, beliau melihat stesen terbabit perlu ada kawasan tanah lebih luas bagi memperkenalkan pertanian moden dan sekurangnya seluas 40 hektar.

Katanya sebelum ini fokus adalah pertanian yang mengeluarkan hasil yang mencukupi bagi kegunaan petani sendiri tetapi penekanan sekarang ini adalah pertanian komersil yang moden.

Selain itu Uggah berkata kementerian terbabit juga merancang membina kumpulan pakarnya dalam pelbagai bidang pertanian seperti penanaman durian dan penyelengaraan pokok.


1. Datuk Amar Douglas Uggah menerima cenderahati dari Pegawai Pertanian Bintulu, Anggang Jimbun ketika melawat Pusat Latihan Pertanian Sungai Sebiew di Bintulu, semalam.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »