BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

SOPPOA sumbang RM500,000

KUCHING, 8 Julai: Persatuan Pemilik-Pemilik Ladang Kelapa Sawit Sarawak (SOPPOA) telah menyumbangkan sebanyak RM500,000 kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak hari ini.

Cek sumbangan RM500,000 kepada Dana Pencegahan Covid-19 jawatankuasa terbabit telah disampaikan Ketua Eksekutif SOPPOA, Andrew Cheng Mui Fah kepada Timbalan Ketua Menteri dan Pengerusi JPBN Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas di pejabatnya di Wisma Bapa, Petra Jaya.

Pengerusi SOPPOA, Tiong Chiong Ong berkata pihaknya amat menghargai pengorbanan pasukan JPBN Sarawak bagi memastikan keselamatan orang ramai dan melindungi mereka dari jangkitan Covid-19 sejak Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) Mac lepas sehingga sekarang.

"Sumbangan SOPPOA ini adalah sebahagian dari usaha komuniti kami bagi melengkapkan barisan hadapan kita dengan PPE dan peralatan menyelamatkan pesakit Covid-19,"katanya dalam kenyataan SOPPOA.

Beliau berkata sumbangan terbabit juga bagi menyediakan penjagaan kepada keluarga yang amat memerlukan makanan dan bantuan perubatan.

Katanya sumbangan sukarela itu adalah dari syarikat perladangan dari persatuan terbabit dan juga rakan mereka yang telah mematuhi garis panduan ketat dan Prosedur Operasi Standard (SOP) ditetapkan dan ini akan diteruskan mereka sehingga ada pengumuman selanjutnya dari JBPN Sarawak.  


Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »