BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Serangan buaya, lelaki hilang

PUSA: Seorang lelaki dikhuatiri dibaham buaya dalam kejadian di Sungai Undei, Kampung Tambak Pusa dekat sini semalam.

Mangsa Sarkawi Bin Talip, 61 dikatakan memasang pukat di tebing sungai sekitar jam satu tengahari.
Pegawai Operasi Balai Bomba Dan Penyelamat(BBP) Betong, PBK1 Henry Jugah memberitahu, pihaknya menerima panggilan daripada Balai Polis Pusa yang memaklumkan kejadian dan memohon bantuan.

"Kami menerima panggilan sekitar jam 3.45 petang yang memberitahu seorang lelaki disambar buaya ketika sedang mengambil batang rumbia bersama tiga orang lagi rakan mangsa.
"Semasa kejadian mangsa dikatakan seorang diri berada di tepi sungai untuk mengikat batang rumbia," katanya.

Tambahnya, saksi Sabadron Bin Adenan, 27 yang juga rakan mangsa ternampak mangsa telah disambar dan diheret oleh seekor buaya ke hulu sungai.

"Saya bersama tiga anggota turut kelokasi kejadian bagi melihat dan membantu pencarian mangsa," ujarnya.

Gerakan mencari Dan Menyelamat(SAR) telah dijalankan bersama penduduk kampung.
Anggota SAR melakukan pencarian radius 1KM kehulu dan 1KM ke hilir. Pencarian turut di bantu oleh penduduk kampung seramai 80 orang dan 13 buah perahu panjang.

Operasi ditangguhkan pada jam 6.43 petang berikutan cuaca mulai gelap dan keadaan berbahaya.


Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »