BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Sekolah berusia lebih 100 tahun terbakar

BINTULU: Sekolah Rendah Kebangsaan (SK) Orang Kaya Mohamad,Jalan Abang Galau, di sini yang dibina pada tahun 1912 terbakar tengah hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Tiong Ling Hii berkata,pihaknya menerima laporan berhubung kes itu jam 1.42 tengah hari dengan menggerakkan 
Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu ke lokasi kejadian.

"Kebakaran membabitkan bangunan sekolah lama yang tidak digunakan lagi dan dikosongkan hampir lima tahun lalu apabila lokasi sekolah telah berpindah di lokasi baru,"katanya di sini hari ini.

Katanya, kebakaran melibatkan bangunan struktur kekal, di tingkat atas melibatkan lima buah bilik darjah sehingga meranapkan keseluruhan bumbung bangunan kelas. 

"Kebakaran tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa,"ujarnya.

Katanya,pemadaman dilakukan dengan menggunakan lima pancutan nozel sejauh 300 kaki melalui sumber air dari pili bomba berdekatan. 

"Kemusnahan dianggarkan 80 peratus pada bangunan tersebut yang berukuran 100 kaki x 20 kaki keseluruhan bangunan. 

"Punca kebakaran serta anggaran kerugian masih dalam siasatan Pasukan Forensik Zon 5 Sarawak,"jelasnya.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »