BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Satu kematian melibatkan warga emas

KUCHING: Sarawak merekodkan satu kes kematian akibat Covid-19 melibatkan lelaki warga emas berusia 72 tahun.

Dua kes positif COVID-19 dilaporkan di daerah Kuching hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 di Sarawak 577 kes .

Timbalan Ketua Menteri merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Datuk Amar Douglas Uggah berkata, kes positif pertama yang meninggal dunia ialah kes yang ke -576, melibatkan lelaki warga tempatan yang berumur 72 tahun.

Menurutnya, beliau telah mendapatkan rawatan awal di Borneo Medical Centre (BMC) Kuching pada 9 Julai kerana mengalami demam sejak 7 Julai 2020. 

"Beliau telah dirujuk di Hospital Umum Sarawak dan dimasukkan di wad isolasi. Pesakit menghidap kencing manis
dan mengalami masalah darah tinggi.

"Ujian makmal RT-PCR COVID-19 
mendapati beliau adalah positif pada 10 Julai. Keadaan beliau bertambah teruk dan telah disahkan meninggal dunia pada hari yang sama. Punca kematian adalah Multi-organ failure due to pneumonia and COVID-19," katanya dalam kenyataan media.

Beliau berkata, kes 576 ini merupakan kes Severe Acute Respiratory Infection (SARI) yang berkemungkinan mendapat jangkitan tempatan kerana tiada sejarah 
perjalanan ke luar negara.

"Pengesanan kontak kes masih dijalankan dan punca jangkitan juga masih dalam siasatan. Dengan pelaporan kes tersebut, 
kes kematian jangkitan COVID-19 di Sarawak sebanyak 18 orang atau 
3.12 %," katanya.

Beliau menambah, kes kedua iaitu kes yang ke-577 adalah kes import, seorang lelaki warga tempatan yang baru balik dari United Kingdom.

Menurutnya, ujian saringan RTK Antigen COVID-19 di pintu masuk antarabangsa KLIA pada 9 Julai adalah negatif.

"Semasa beliau tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, beliau terus di bawa di hotel untuk dikurantin dan diambil sampel rT-PCR pada hari kedua.

"Keputusan ujian rT-PCR mendapati beliau adalah positif COVID-19 dan terus dibawa ke Hospital Umum Sarawak untuk 
rawatan lanjut," katanya.

Beliau berkata, tiada kes baru yang telah sembuh dan discaj dari hospital hari ini.

Katanya, ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 yang telah sembuh dan discaj kekal sebanyak 552 orang atau 95.67%.

"Seramai 7 orang masih menerima rawatan dalam wad isolasi hospital. Hari 
ini sebanyak 13 PUI baru dilaporkan dan 2 kes masih menunggu ujuan makmal," katanya.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »