BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Saspek samun cuba larikan Bezza diberkas polis Sibu

SIBU - Sepasang suami isteri yang sedang menunggu dalam keretanya tiba- tiba dimasuki seorang lelaki tak dikenali sebelum disamun dan dibawa lari di Stesen Petronas, Batu 8 di sini semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sibu, Superintendan Collin Babat berkata, kejadian samun kereta tersebut berlaku sekitar pukul 9.50 pagi.

Katanya, suspek mengarahkan si suami berusia 65 tahun untuk segera memecut keretanya kerana menyatakan ada orang mengejar dan hendak membunuh dia.

"Pasangan itu yang ketakutan terus keluar dari kereta mereka sebelum suspek memandu dan melarikan kereta jenis Perodua Bezza berkenaan.
"Hasil maklumat daripada orang awam memberitahu kereta itu dilihat di kawasan Stapang. Hebahan dibuat ke Balai Polis Stapang dan anggota balai membuat rondaan terserempak dengan kereta itu bersama suspek," katanya dalam kenyataan di sini sebentar tadi.

Tambahnya, menyedari kehadiran polis, suspek bertindak keluar dari kereta dan terjun ke sungai namun anggota polis berjaya mengejar dan menahannya.
"Terdahulu, suspek sama berusia 34 tahun telah menceroboh sebuah rumah di Jalan Jade Villa berdekatan stesen minyak itu.

"Suspek sedang mengumpil motosikal milik penghuni rumah itu namun pemiliknya perasaan dan menjerit memanggil adiknya menyebabkan lelaki itu terkejut sebelum panjat pagar untuk melarikan diri," ujarnya.

Menurut Collin, kejadian itu telah dikongsi dlm Group WhatsApp Perumahan Jade Villa. 

Penduduk melihat kelibat suspek bersembunyi di suatu kawasan semak berhampiran lalu cuba memberkas saspek. 

"Beberapa orang penduduk turun dan mengepung tempat persembunyian suspek itu menyebabkan dia bertindak melarikan diri ke arah Stesen Petronas yang terletak di seberang jalan utama tidak jauh dari situ sebelum samun kenderaan pasangan suami isteri berkenaan.

"Suspek yang mempunyai beberapa rekod jenayah lampau akan direman dan diurin pada hari ini untuk siasatan lanjut," jelasnya.

Collin berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 447 dan 392 Kanun Keseksaan bagi pencerobohan jenayah dan samun kereta.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »