BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Sasar curi dibengkel kereta

KUCHING: Penghantar barang di sebuah syarikat kurier tempatan yang menyasarkan bengkel kenderaan melakukan jenayah berjaya diberkas pihak polis dalam tempoh 24 jam.

Suspek berusia 29 tahun itu ditangkap Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Kuching di tempat kerjanya di kawasan Sungai Maong, di sini, jam 9.40 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Awang Din Awang Gani berkata, dengan tangkapan suspek terbabit pihak polis  berjaya menyelesaikan dua kes yang dilaporkan oleh dua mangsa.

"Modus operandi suspek mensasarkan bengkel kereta sebagai tempat perlakuan jenayah ketika pemilik bengkel tengah sibuk melayan pelanggan dan menjalankan kerja-kerja pembaikan, ketika itulah suspek mengambil kesempatan untuk mencuri. 
"Mangsa pertama merupakan pemilik bengkel di kawasan Muara Tabuan Light Industrial Park melaporkan kejadian pada Isnin lalu setelah kehilangan bingkai pintu kereta Toyota,"katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya,mangsa kedua  pula melaporkan kejadian yang berlaku semalam,  di kawasan Tabuan Jaya Transquility tentang kehilangan 'spotrim' yang nilai kerugiannya dianggarkan RM3,000.

"Suspek melakukan pencurian selama dua hari berturut-turut. Bagaimanapun, kegiatan mencuri suspek ini  berjaya dilumpuhkan oleh pihak polis kerana telah berjaya diberkas pada pagi tadi.

"Susulan tangkapan suspek terbabit dengan tindakan pantas yang telah dipandu arah dan ditunjuk sendiri oleh suspek, kesemua barang kes yang dilaporkan hilang dicuri  berjaya dirampas semula,"katanya.

Beliau berkata,dalam usaha menjalankan rampasan barang kes terbabit,dua suspek lain yang merupakan pembeli barangan terpakai iaitu lelaki berusia 32 dan 62 tahuj turut ditahan untuk membantu siasatan polis.

 "Ujian saringan air kencing yang telah dijalankan terhadap ketiga-tiga suspek tersebut didapati negatif dadah. 

"Suspek utama  berusia 29 tahun dan lelaki berusia 32 tahun didapati tiada rekod jenayah lampau, manakala seorang lagi suspek berumur 62 tahun mempunyai enam rekod tangkapan iaitu lima kes jenayah harta benda dan satu kes dadah,"katanya.

Katanya, permohonan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah akan dibuat terhadap ketiga-tiga suspek di Mahkamah Majistret Kuching pada esok hari.

 "Siasatan lanjut akan terus dijalankan bagi mengenalpasti penglibatan kesemua suspek ini di dalam kes curi yang lain. 

"Kejayaan menyelesaikan kes kecurian ini juga merupakan sebagai salah satu langkah proaktif pihak polis dalam membanteras kes-kes kecurian di sekitar bandaraya Kuching,"katanya.

Kes disiasat di bawah seksyen 379 Kanun Keseksaan iaitu hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »