BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Sarawak Zon Hijau, satu kes import di Sibu

KUCHING: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) mengumumkan Sarawak kini diklasifikasikan sebagai zon hijau setelah tidak ada kes Covid-19 tempatan yang direkodkan dalam tempoh 14 hari.

Timbalan Ketua Menteri merangkap Pengerusi JPBN Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata walaupun terdapat beberapa kes positif yang direkodkan, namun ia hanya melibatkan kes import.

Menurutnya, satu kes import dilaporkan di Daerah Sibu menjadikan jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 di Sarawak setakat hari ini sebanyak 573 kes.

“Kami (SDMC) ingin mengucapkan terima kasih kepada semua rakyat Sarawak atas kepatuhan anda terhadap prosedur operasi standard (SOP) untuk mengekang penyebaran Covid-19.

“Namun kita tidak boleh leka kerana perang melawan penyakit itu belum berakhir," katanya.

Uggah berkata, kes import iaitu kes ke-573 ini merupakan warganegara Malaysia yang bekerja sebagai jurutera di salah sebuah Syarikat Minyak dan Gas di Negara Arab Saudi.

"Kes telah balik ke Malaysia pada 3 Julai 2020 dari Arab Saudi dengan menaiki
Saudi Arabia Airline melalui KLIA.

"Kes telah menjalani saringan ujian RTK
Antigen COVID-19 pada 03 Julai 2020 setibanya di KLIA dan keputusan RTK
Antigen COVID-19 adalah negatif.

"Sebelum balik ke Sibu, kes menginap
semalam di Tune Hotel KLIA pada 03 Julai 2020. Kes telah balik ke Sibu dengan menaiki penerbangan Air Asia pada 04 Julai 2020 dan telah dibawa
terus ke pusat kuarantin di Sibu," katanya.   

Beliau berkata, kes telah diambil swab pada 6 Julai dan keputusan ujian rT-PCR dari Makmal Hospital Sibu adalah positif COVID-19 pada 07 Julai 2020.

"Kes tidak menunjukkan sebarang tanda dan gejala COVID-19 dan telah dimasukkan ke Hospital Sibu pada 07 Julai 2020 untuk
rawatan lanjut," katanya.

Dalam pada itu katanya, tiada kes baru yang telah sembuh dan discaj dari
hospital hari ini.

"Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 yang telah sembuh dan discaj kekal sebanyak 551 orang atau 96.16%," katanya.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »