BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Sarawak United FC mulakan latihan


KUCHING: Pasukan Sarawak United FC sudah memulakan latihan sejak Rabu lalu selepas keputusan ujian calitan  ke atas semua pemain dan pegawai yang dijalankan di Pusat Perubatan Pakar Kuching(KPJ) 29 Jun lalu negatif
COVID-19.

Pengurus Pasukan Sarawak United FC, Afiq Fikri Brahim berkata,fokus pada masa ini ialah mempersiapkan pasukan untuk menghadapi saingan Liga Perdana yang dijangka bermula pada September depan.

"Kita sudah mendapat lampu hijau memulakan latihan selepas mematuhi syarat prosedur operasi standard (SOP) 
daripada Liga Bolasepak Malaysia (MFL) ,"katanya di sini hari ini.

Katanya,aspek yang ditekankan ialah kecergasan dan keserasian di kalangan pemain selepas lebih tiga bulan tidak menjalani latihan bersama. 

"Kita yakin mampu untuk terus memberi cabaran dengan tujuh baki perlawanan Liga Perdana yang tinggal," ujarnya.

Katanya,Sarawak United FC mesti memenangi ke semua tujuh baki perlawanan untuk ke saingan Piala Malaysia dan naik ke Liga Super musim hadapan.

Pada masa ini Sarawak United FC menduduki tangga kesembilan dalam saingan Liga Perdana.

Sarawak United FC selepas ini akan menentang Kelantan, Negeri Sembilan, Perak dan Kuching FA di gelanggang lawan.

Aksi di tempat sendiri pula menentang Kelantan United, UKM dan Terengganu ll.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »