BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Sambutan Hari Malaysia 2020 di Sibu

KUCHING, 10 Julai: Sambutan Hari Malaysia 2020 akan diadakan secara tertutup degan kehadiran yang terhad di Sibu pada 16 September depan.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Dato Saifuddin Abdullah berkata sambutan terbabit adalah adalah antara aktiviti utama sempena Hari Malaysia dan Hari Kebangsaan tahun ini.

"Sambutan Hari Kebangsaan 2020 pada 31 Ogos 2020 di Kuala Lumpur dan sambutan Hari Malaysia 2020 pada 16 September 2020 di Sibu, Sarawak,"katanya ketika sidang media memperkenalkan logo dan tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2020, di sini, hari ini.

Saifuddin berkata tiada sambutan secara terbuka bagi kedua sambutan terbabit tahun ini dan akan tertutup dengan kehadiran yang terhad berikutan Covid-19 tetapi pelbagai program dan pertandingan secara dalam talian akan diadakan bagi penyertaan pelbagai peringkat masyarakat.

"Antaranya Info On Wheel Merdeka (IOW Merdeka) , Merdeka@ Komuniti, Pertandingan Pidato Kenegaraan, Pertandingan Pengisahan Negara, Pertandingan Fotografi  KLIK@Merdeka," katanya dan akan bermula dari 16 Julai hingga 16 September depan.


Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »