BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Rumah mampu milik di Jepak

BINTULU : Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, rumah mampu bilik seperti yang dilaksanakan di bandar Kuching dan Miri akan dibina di Jepak pada masa akan datang.

Ketua Menteri Datuk Abang Johari Tun Openg berkata, kerajaan negeri akan menanggung kerja-kerja kemudahan infrastruktur seperti sistem perparitan, membina jalan raya serta bekalan elektrik.

"Mereka hanya perlu membayar kos rumah sahaja," katanya selepas menghadiri Mesyuarat Ahli-Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Kemajuan Bintulu Ke 82. 

Pada majlis itu, Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) telah menyerahkan zakat perniagaan 2019 yang berjumlah RM1 juta kepada Tabung Baitulmal Sarawak di Bintulu.

Cek replika yang berjumlah RM1 juta itu telah diserahkan Timbalan Pengerusi BDA Haidar Khan bin Asghar Khan kepada Pengurus Besar Tabung Baitulmal Sarawak Datuk Abang Mohd Shibli Abang Mohd Nailie dan disaksikan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Datuk Abang Openg. 

Abang Johari berkata, beberapa pelaksanaan pembangunan di kawasan Bintulu sedang dirancang sekaligus menyokong kegiatan ekonomi di bandar berkenaan.

Menurutnya, segala pendekatan permasalahan akan cuba diselesaikan seperti banjir kilat menerusi kerja menaiktaraf sistem perparitan.

Selain itu katanya, pembangunan kawasan perkampungan baharu serta komersial di kawasan Jepak akan terus dilaksanakan.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »