BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Rojak Kuchei dan Yong Hua Cafe satukan penduduk


KUCHING: Dua kedai makanan Yong Hua Cafe di Satok dan Rojak Kucei di Batu Lintang, di sini, cukup popular di kalangan masyarakat pelbagai kaum di Sarawak termasuk kalangan pelancong sejak kewujudannya 30 tahun yang lalu.

Kedua-dua kedai ini menyediakan juadah tempatan yang cukup unik, Rojak Kucei terkenal kerana keenakan rojak ayam.

Yong Hua terkenal dengan mi kolok, laksa dan mi jawa, malahan penyediaan 'Bak Kut Teh' diadaptasi menggunakan daging lembu yang dimasak menggunakan bahan yang halal walaupun  pemiliknya masyarakat Cina.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata,itulah keunikan yang terdapat di Sarawak.

"Walaupun dihuni masyarakat pelbagai kaum dan agama semangat toleransi sentiasa mekar kerana makanan dan minuman yang dihidangkan dijamin halal.

"Kita boleh duduk bersama-sama masyarakat lain tanpa rasa sebarang curiga, 90 peratus pelanggan di sini adalah mereka yang beragama Islam,"katanya ketika ditemui menikmati sarapan pagi di Yong Hua Cafe di  Satok, hari ini.

Mengimbau kenangan,Nancy berkata, beliau sendiri sering berkunjung ke kedai itu sejak dibangku sekolah lagi.

Sementara itu, Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah kagum dengan pemilik-pemilik kedai terbabit yang meneruskan perniagaan yang diwarisi dari turun temurun.

"Saya harap kedua-dua pemilik kedai dapat melebarkan sayap dengan membuka cawangan baharu untuk meningkatkan lagi perniagaan masing-masing di negeri ini.

"Ia merupakan antara produk pelancongan yang menawarkan sajian makanan popular Sarawak,"katanya.

Beliau berkata,kedua-dua tempat itu 
menjadi tempat tarikan untuk pelancong terutamanya pelancong domestik bagi merasakan masakan makanan tempatan yang popular di Sarawak.

Selepas itu, Nancy bersama Abdul Karim dan rombongan kementerian mengunjungi pemain Sape Matthew Ngau di Singai sebelum ke Resort Bamboo Libiki.

Mereka juga dijadualkan melawat Pusat Warisan Gumbang dan Bandar Warisan Siniawan malam ini.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »