BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

RM10 juta lagi untuk 15 rumah panjang

KUCHING, 10 Julai: Jawatankuasa Pinjaman Rumah Panjang dibawah kerajaan Sarawak telah meluluskan peruntukan berjumlah RM10 juta untuk membina atau membaikpulih sebanyak 15 rumah panjang lagi di negeri ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Dr Sim Kui Hian berkata permohonan pinjaman terbabit telah diluluskan jawatankuasa itu dalam mesyuarat dipengerusikan Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah semalam.

"Sebanyak 15 rumah panjang lagi dengan RM10 juta pinjaman,"katanya di laman Facebooknya.

Sim berkata permohonan sebanyak 90 rumah panjang akan diluluskan tahun ini dan merupakan jumlah kelulusan permohonan yang tertinggi sejak pinjaman itu dimulakan kerajaan pusat pada 2008.

"Peruntukan terbesar juga (bagi pinjaman itu tahun ini) dengan RM50 juta dari kerajaan Sarawak dan RM10 juta dari kerajaan pusat," katanya.

Sim berkata peruntukan RM10 juta dari kerajaan pusat itu adalah bagi memberikan pinjaman tanpa faedah sebanyak RM30,000 untuk setiap pintu rumah panjang.

" Selama 10 tahun (2008-2018), lebih daripada RM163 juta pinjaman diberikan kepada lebih 700 rumah panjang dan libatkan lebih 16, 000 pintu," kata Dr Sim. 


Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »