BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Ripin Lamat Pengerusi LPKP Sarawak

KUCHING, 17 Julai: Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sarawak yang kini baharu dipengerusikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lambir, Ripin Lamat diharapkan mempercepatkan pemberian permit dari lembaga itu.

Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Lee Kim Shin berkata ini kerana terdapat sebanyak 252 permohonan permit kenderaan perdagangan baharu yang tertunggak sejak Febuari 2020 bagi diluluskan lembaga itu.

"Saya berharap (ahli) lembaga baharu ini boleh mempercepatkan kelulusan bagi permohonan tertunggak terbabit supaya pemohonnya dapat menjalankan perniagaan mereka seperti biasa,"katanya dalam kenyataan medianya hari ini selepas bertemu ahli lembaga dan pengerusi LPKP Sarawak yang baharu di ibupejabat lembaga terbabit di sini, hari ini.

Lee berkata kelulusan yang dipercepatkan bagi permohonan baharu terbabit akan seterusnya mempercepatkan pula langkah pembangunan ekonomi di negeri ini kerana ianya akan menjana banyak perniagaan dan menstamulasikan ekonomi melalu kesan penganda.

"Ini terutamanya ketika tempoh Covid-19 ini dengan kerajaan Sarawak berusaha melalui pelbagai pakaj ransangan dibawah Bantuan Khas SarawakKu Sayang (BKSS) untuk memandu pertimbuhan ekonomi Sarawak,"katanya.

Lee juga berkata Kementerian Pengangkutan Sarawak akan terus bekerjasama dengan LPKP Sarawak bagi menambahbaik perkhidmatan pengangkutan komersil di negeri ini dan orang ramai dialukan memberi maklumbalas kepada agensi itu atau memeriksa dengan kementerian terbabit bagi perkara membabitkan kepentingan pengangkutan komersil di Sarawak.


Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »