BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Remaja perempuan diberkas miliki syabu

KUCHING: Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching memberkas seorang remaja perempuan kerana memiliki dadah syabu pagi tadi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuching Superintendan Merbin Lisa berkata,
tangkapan suspek berusia 22 tahun itu dilakukan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching di kawasan Bangunan Wisma Unaco, di sini, jam 11.45 pagi.

"Semasa pemeriksaan dilakukan ke atas suspek, dia menyerahkan satu kotak bewarna coklat berzip tertera Djv Dejavu. 

"Hasil pemeriksaan ke atas beg yang diserahkan oleh suspek telah berjaya merampas dadah jenis syabu berat kasar 6.68 gram dianggarkan bernilai RM 1,002,"katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, suspek mendapatkan bekalan menerusi transaksi bank (bank in) daripada pengedar yang tidak dikenali.

"Pengedar dan suspek tidak bersemuka kerana dadah ditempatkan di satu tempat untuk diambil oleh suspek.

"Hasil saringan awal air kencing suspek, positif dadah jenis methamphetamine,"ujarnya.

Katanya,suspek juga didapati mempunyai rekod kesalahan lampau di bawah Seksyen 3 APD (R&P) 1983 melibatkan aktiviti penyalahgunaan dadah.

Kes disiasat di bawah Seksyen 39A(1) ADB 1952.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »