BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

PSB bentuk kerajaan baharu, Rayong



KUCHING: Parti Sarawak Bersatu bukan bertanding untuk menentang kerajaan sedia ada sebaliknya mahu menjadi kerajaan baharu yang mengambil berat hak Sarawak.

Ia termaktub termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), hak ekslusif Minyak 1974 (O&G 74), kuasa imigresen, pendidikan termasuk mengiktiraf Hak Tanah Adat Bumiptera (NCR).

Naib Presiden merangkap Ketua Pemuda PSB, Dr Johnical Rayong Ngipa berkata, perjuangan PSB pelengkap parti politik tempatan yang komited menjadi wajah perjuangan rakyat Sarawak.

"Banyak isu yang membelenggu rakyat Sarawak hari ini yang gagal ditangani malah dipandang mudah oleh kerajaan.

"Ia memaksa tampil dan menyediakan alternatif untuk rakyat menyuaraan ketidakpuasan mereka," katanya pada mesyuarat barisan baharu Pemuda Pusat di Ibu Pejabat PSB di Pending, hari ini.

Beliau yang juga Adun Engkilili berkata, pihaknya kini suah bersedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri ke-12 (PRN12) serta Pilihan Raya Umum (PRU) jika diadakan serentak dalam masa terdekat.

"Kami sudah bersedia menghadapi pilihan raya jika diadakan dalam masa terdekat. 

"Kamki mempunyai calon berwibawa dan boleh menang," katanya.

Dr Johnical Rayong Ngipa mengetuai kepimpinan Pemuda Pusat PSB yang baharu.

Antara yang dipilih ialah Timbalan Pengerusi terdiri daripada lima orang iaitu Sze Khuan San berbangsa Cina, Frankie Junau (Iban) juga Setiausaha Penerangan, Melainie Bolhassan (Melayu), Dr Laing Ajang (Orang Ulu) dan Seniarovich Sinyaw (Bidayuh).

Sementara Senior Vice Chairman terdiri daripada Peter Jawi, Chua Beng Tat, Kok Yung Kai, Alvester Bigol Sulang, Bayang Ringkai dan Edwin Raoh.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »