BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Projek RM56 juta, 'orang kanan' Mat Sabu ditahan



KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan setiausaha politik bekas Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu untuk membantu siasatan rasuah membabitkan projek secara rundingan terus di Kementerian Pertahanan bernilai lebih RM56 juta.

Berita Harian melaporkan, Majistret Shah Wira Abdul Halim mengeluarkan perintah reman selama enam hari terhadap lelaki itu bermula hari ini hingga 13 Julai depan, selepas mendengar permohonan dikemukakan SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya.

Sumber berkata, siasatan itu menjurus kepada pembabitan lelaki berkenaan dengan kes itu ketika bertugas sebagai setiausaha politik di Kementerian Pertahanan.

Bekas setiausaha politik berusia 49 tahun itu ditahan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya pada jam 8 malam tadi selepas hadir memberi keterangan. 

Siasatan awal mendapati suspek dipercayai menerima rasuah bernilai jutaan ringgit daripada sebuah syarikat sebagai balasan mendapatkan projek itu pada sekitar Ogos 2019.

Sumber itu berkata siasatan itu membabitkan kes baharu dan tiada kena-mengena dengan isu muflis dan pembayaran hutang yang disiasat SPRM pada 2018.

SPRM turut menyita pelbagai mata wang tunai yang dianggarkan bernilai lebih RM70,000 serta dokumen berkaitan projek berkenaan bagi siasatan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »