BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Projek MRP-PPRMS siap di Belaga

BELAGA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Murum Kennedy Chuk Pai Ugon baru-baru ini melawat tiga Projek Kecil Luar Bandar - Program Penambahbaikan Rumah Rakyat Miskin Sarawak (MRP-PPRMS) yang sudah siap.

Beliau dalam hantaran di Facebook Pusat Khidmat Masyarakat ADUN N.66 Murum memberitahu, projek pertama adalah pemasangan jubin di Ruai Blok K, Uma Kulit Sg. Asap melibatkan 15 pintu yang pernah terbakar pada 2013 dan kini dibina semula dan didiami penduduknya.

“Projek kedua ialah membaiki Rumah Liwan Egoh di Uma Nyaving, Sungai Asap diikuti pemasang Jubin di Ruai Uma Seping Long Bala, Belaga yang terdiri daripada 26 pintu rumah panjang,” katanya.

Beliau menambah, setakat ini projek MRP-PPRMS berjaya dilaksanakan sebanyak dua fasa.

“Fasa 1 melibatkan 12 projek untuk 12 buah kampung/rumah panjang yang memberi manfaat kepada 256 pintu rumah.”

“Manakala Fasa 2 sebanyak 10 projek melibatkan sembilan buah rumah panjang dengan memberi manfaat kepada 147 pintu rumah,”kata Kennedy.

MRP-PPRMS adalah inisiatif Kerajaan Negeri Sarawak dalam usaha membantu rakyat miskin di peringkat akar umbi untuk penambahbaikan rumah mereka demi keselesaan dan kesejahteraan mereka. 

Projek-projek ini dilaksanakan secara gotong-royong dengan kerjasama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Jawatankuasa MRP-PPRS sebagai agensi teknikal dan Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Murum.

“Projek-projek ini sangat membantu rakyat dan kita akan meneruskan usaha murni ini demi kesejahteraan rakyat,” katanya.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »