BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Projek cili fertigasi hasilkan 4 tan

KUCHING, 1 Julai: Projek Cili Fertigasi KidSS di kawasan lapang seluas hampir satu ekar SMK Kidurong di Bintulu yang diusahakan pasukan guru dan bekas pelajarnya telah menghasilkan lebih empat tan cili pada musim tuaian tahun ini.

Ketua pasukan terbabit dan Pengurus projek, Narawi Mohamad, 46, berkata tuaian empat tan terbabit menghasilkan pendapatan mencecah RM40,000 dan rekod baharu tuaian projek itu yang diusahakan pasukannya dengan koperasi sekolah sejak 2018.

"Projek ini diusahakan pasukan kami yang terdiri dari saya dan cikgu Mohd Radzi, seorang bekas pelajar sekolah serta empat pekerja sambilan. Kami memperolehi hingga empat tan tuaian cili pada musim tuaian ini, itupun pada awalnya banyak pokok cili rosak, ,"katanya kepada Gago Daily hari ini.

Narawi berkata berikutan rekod baharu tuaian itu pasukan terbabit menyumbangkan sebanyak 50 kerusi kepada SMK Kidurong hari ini dan diterima Pengetuanya, Rosli Salleh.

Kerusi terbabit yang keseluruhannya bernilai RM1,500 adalah bagi kegunaan sekolah itu ada seramai 2,430 pelajar.

"Ketika ini pasukan kami masih lagi menuai cili dari projek terbabit dan tidak lama lagi pokok cili akan dimusnahkan bagi memulakan musim penanam baharu," katanya dengan cili terbabit ditanam secara fertigasi gantung yang baharu.

Katanya hasil pendapatan projek projek cili terbabit bagi musim ini sudah diagihkan kepada koperasi sekolah dan juga kepada kalangan guru yang melabur dalam projek itu.

Narawi Mohamad, 46,( empat dari kiri) melakukan simbolik penyerahan 50 kerusi dari pasukan Projek Cili Fertigasi KidSS kepada Pengetua SMK Kidurong, Rosli Salleh di sekolah itu hari ini.

Hasil tuaian pasukan Projek Cili Fertigasi KidSS di SMK Kidurong pada musim tuaian ini.

 Pekerja separuh masa yang menuai Projek Cili Fertigasi KidSS di SMK Kidurong pada musim ini.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »