BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Prmohonan dibuka untuk 20 tempat berniaga di Pasar Minggu Harmoni

KUCHING, 9 Julai :Pusat khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Nangka akan menawarkan sebanyak 20 tempat berniaga di Pasar Minggu Harmoni di DUN terbabit di Sibu.  

Menteri Muda Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi dan ADUN Nangka, Dr Annuar Rapaee berkata demikian dengan tempat berniaga pasar hujung minggu terbabit ditawarkan dengan kerjasama Jawatankuasa Pasar Minggu Harmoni.

"Satu taklimat akan di maklumkan kemudian, sila daftar secara online," katanya di laman Facebooknya.

Dr Annuar berkata peniaga yang berminat boleh mendaftar secara online melalui link berikut https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLScORP-7Fxe341cwVi0DEGt-0HnWg1HcKq6mz1wtnoM4ygC30g/viewform

Borang Pemohonan Pasar Minggu Harmoni terbabit hendaklah di isi dengan lengkap agar memudahkan saringan dipilih. 

Keputusan pemilihan adalah muktamad, hanya 20 Penjaja sahaja yang akan dipilih.


Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »