BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

PRK Chini signal positif, S'wak masih 'kunci mulut'

KEMENANGAN Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini memberi signal cukup jelas buat Sarawak.

Ia petanda positif untuk Sarawak yang bakal menghadapi pilian raya negeri yang bakal menjelma bila-bila masa.

Semalam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan calon BN, Mohd Sharim Md Zain, 41, PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini dengan memperoleh majoriti 12,650.

Mohd Sharim memperoleh 13,872 undi, manakala calon Bebas, Datuk Tengku Zainul Hisham Tengku Hussin, 64, beroleh 1,222 undi dan seorang lagi calon Bebas, Mohd Shukri Mohd Ramli, 49, hanya mendapat 137 undi.

PRK DUN Chini diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Seri Abu Bakar Harun, 60, pada 6 Mei lalu di Hospital Kuala Lumpur akibat serangan jantung. Abu Bakar menjadi wakil rakyat kawasan itu sejak Pilihan Raya Umum (PRU) ke-11.

Pada PRU ke-14 lalu, Abu Bakar menang dengan majoriti 4,622 undi selepas memperoleh 10,027 undi menewaskan calon PAS Mohd Fadhil Noor Abdul Karim yang mendapat 5,405 undi manakala Mohamad Razali Ithnain dari PKR sekadar memperoleh 1,065 undi.

Ketika ambang pilihan raya yang diadakan pada tahun ini, Mesyuarat khas parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang diadakan secara tertutup semalam menimbulkan pelbagai spekulasi mengenai senario politik tanah air khususnya di Sarawak.

Ramai yang hadir 'kunci mulut' mengenai intipati mesyuarat tersebut. Malah ada kalangan penganalisis politik mengandaikan ia membincangkan kemungkinan pilihan raya dalam masa terdekat.

Persoalan sekarang bilakah PRN-12? Adakah ia akan diadakan serentak dengan pilihan raya Parlimen Umum ke-15? Namun ia masih menjadi teka teki kalangan pemimpin kerajaan negeri. 

Ketika pergolakan dalam PH Plus, terutama merebut jawatan Perdana Menteri, inilah masa yang sesuai diadakan mencari formula tarikh pilihan raya.

Sesungguhnya, mesyuarat khas semalam diadakan selepas Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dan beberapa presiden parti politik di negeri itu menyatakan sokongan mereka kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu pertemuan di Putrajaya, Rabu lepas.

Untuk rekod PRN Sarawak ke-11 diadakan pada 7 Mei 2016 dan tempoh akhir untuk mengadakan pilihan raya berikutnya ialah pada Julai 2021.

Namun, berdasarkan rekod lepas, PRN Sarawak diadakan setahun lebih awal daripada tarikh penggal Dewan Undangan Negeri (DUN) berakhir.

Pada PRN-11, empat parti komponen Barisan Nasional (BN) dari Sarawak - PBB, Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresif (PDP) telah memenangi 72 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), sebelum mengumumkan keluar dari komponen BN pada 12 Jun 2018 susulan kekalahan pada Pilihan Raya Umum ke-14 dan membentuk Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »