BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Posting tentang lukisan mural dapat 71,000 likes dalam tempoh sejam

KUALA LUMPUR: Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah hari ini meluangkan masa melawat lukisan mural dirinya sendiri di Taman Cahaya Alam Seksyen U12 Shah Alam.

Hantaran di Facebooknya mendapat 71,000 tanda "Suka" dalam tempoh sejam ia dibuat menunjukkan populariti beliau begitu tinggi di Malaysia. 
Beliau turut berkongsi gambar dan perasaan terharu dengan penghormatan tersebut.

“Saya di sini (U12 Shah Alam) pagi ini dan dapat merasai betapa kuatnya semangat patriotik dikalangan rakyat Malaysia.”

“Saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pelukis berbakat di atas kemahiran serta karya seni luar biasa mereka.”
“Ini jelas menzahirkan setiap orang mempunyai peranan masing-masing dalam menghadapi krisis pandemik dan menyahut cabaran dengan lukis mural yang sangat hebat ini,” coret beliau.

Lukisan mural oleh ‘Miey Ali’ atau nama sebenarnya Muhammad Suhaimi Ali, 27, turut memaparkan potret Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »