BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Polis Tahan Seorang Tokan Dadah Bagi Pasaran Serian

SERIAN - Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serian menahan seorang lelaki Bidayuh berusia 37 tahun di sebuah rumah tidak bernombor Kampung Kakai, di sini semalam. 

Ketua Polis Daerah Serian Deputi Superintendan Aswandy Anis berkata, bertindak atas maklumat, suspek ditahan dalam serbuan sekitar pukul 6.15 petang.

Katanya, pemeriksaan telah dibuat dibahagian belakang rumah dan menjumpai satu bungkusan plastik mengandungi satu bekas tin minyak rambut. 

"Pasukan serbuan menemukan 1 peket plastik lutsinar, 5 peket plastik lutsinar kecil berwarna biru, 6 peket plastik lutsinar kecil dan 10 tiub straw pelbagai saiz dan warna masing-masing berisi ketulan-ketulan kristal disyaki dadah jenis Methamphetamine seberat 7.46 gram.

"Soal siasat awal mendapati kesemua dadah yang dirampas bernilai sekitar RM1,000 akan diedarkan kepada penagih-penagih dadah di sekitar kawasan Serian," katanya dalam kenyataan sebentar tadi.

Tambahnya, subjek kemudiannya ditangkap dan dibawa balik ke Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Serian untuk tindakan selanjutnya. 

"Ujian saringan awal air kencing suspek negatif daripada kesan-kesan dadah Berbahaya. Suspek tidak mempunyai sebarang rekod kesalahan lampau sebelum ini direman selama 4 hari.

"Kes ini disiasat dibawah Seksyen 39(a)(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman penjara 2 ke 5 tahun dan 3 kali sehingga 9 kali sebatan atau kedua-dua nya sekali jika di sabitkan dengan kesalahan yang dilakukan," jelasnya.

Dalam pada itu, Aswandy berharap agar masyarakat di Daerah Serian dapat memberi kerjasama dengan pihak polis di dalam usaha bersama membenteras kegiatan pengedaran dadah dan gejala penyalahgunaan dadah di kawasan itu. 

"Masyarakat di Daerah Serian juga diminta agar sentiasa peka kepada masalah dadah yang berlaku di dalam masyarakat," ujarnya.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »