BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Polis Sibu lupus senapang patah, pistol dan peluru


SIBU: Sebanyak 12 laras senapang patah, sepucuk pistol dan peluru dilupuskan semalam. 

Ia merupakan senjata api yang dirampas daripada beberapa kes jenayah sejak 2005 hingga 2020 di Sibu.

Turut dilupuskan ialah tiga laras senapang angin dan 34 butir peluru dan lapan kelongsong peluru.
Pelupusan barang kes senjata api Bahagian Siasatan Jenayah IPD Sibu dilakukan di pekarangan IPD Sibu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sibu Supt Collin Babat berkata, ke semua barang kes telah dilupus dengan kaedah potong, bakar dan tanam di dalam tanah.

Katanya, kes-kes yang melibatkan senjata api yang dilupuskan ini mendapat arahan pelupusan daripada pihak Mahkamah. 

Antara yang hadir pada pelupusan tersebut Ketua Bahagian Siasatan Jenayah (JSJ) Sibu DSP Hadian Keria dan Majistret Muhammad Faizal Che Saad dari Mahkamah Sibu.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »