BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Polis buru 'Mimie'

LIMBANG:Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah(BSJND), Ibu Pejabat Polis Daerah(IPD) Limbang memburu lelaki warganegara Brunei Darussalam dikenali 'Mimie' dipercayai aktif menjalankan aktiviti pengedaran dadah di daerah Limbang.

Kegiatan Mimie terbongkar menerusi tangkapan dua suspek lelaki tempatan berusia 29 dan 45 tahun di hujung jalan berhampiran sungai, Rancangan Perumahan Rakyat (RPR)Rangau jam 1.30 tengah hari semalam.

Ketua Polis Daerah Limbang, Superintendan Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata,kedua-dua suspek mengaku mendapat bekalan dadah daripada lelaki terbabit.

"Pegawai dan anggota membuat pemeriksaan terhadap dua suspek,salah seorang daripada mereka menyerahkan satu beg yang dialas berwarna biru kepada pihak polis.

"Pemeriksaan lanjutan ke atas beg terbabit telah menjumpai satu peket plastik ubat, pemeriksaan lanjut telah menjumpai dua peket plastik berisi hablur - hablur kristal disyaki dadah jenis syabu dengan berat 5.03 gram bernilai RM 750,"katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya,kedua-dua suspek mengaku mendapatkan bekalan dadah dengan berjumpa lelaki terbabit di kawasan perairan Kampung Limpaku Pinang.

"Kedua-dua mereka turut mengaku dadah yang dibeli adalah untuk kegunaan sendiri.

"Hasil risikan anggota BSJN Limbang di dapati Mimie tinggal di Kampung Limpaku Pinang, Limbang, dan bergiat aktif dalam aktiviti penyalahgunaan dadah,"katanya.

Beliau berkata,tindakan untuk mengesan dan menangkap lelaki yang bernama Mimie akan dilaksanakan secepat mungkin bagi membanteras pengedaran dadah khususnya di daerah Limbang.

"Kedua-dua suspek kini ditahan 
 dalam lokap Balai Polis Pusat Limbang untuk siasatan lanjut.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen15 (1) (a) ADB 1952,"katanya.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »