BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

PKR bayangi Perikatan Nasional

KUCHING, 4 Julai: Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak dan Ahli Parlimen Julau, Larry Sng Wei Shien telah dilantik sebagai Jurucakap Parlimen Sabah dan Sarawak.

Juga dilantik ialah Ahli Parlimen Miri, Dr Michael Teo Yu Keng sebagai Pembantu Jurucakap Parlimen Sumber Asli, Air dan Tenaga.

Senarai perlantikan Jurucakap Parlimen dan Pembantu Jurucakap Parlimen PKR telah disiarkan di laman Facebook Parti Keadilan Rakyat.
Manakala Pembantu Jurucakap Parlimen Sabah dan Sarawak ialah Ahli Parlimen Putatan, Awang Husaini Sahari.

Sementara itu, Setiausaha Kerja PKR,  Nik Nazmi Nik Ahmad dalam kenyataannya berkata Pejabat Presiden dan Whip Parti melantik Jurucakap Parlimen parti itu untuk membayangi menteri-menteri Perikatan Nasional (PN) mengikut portfolio-portfolio yang ada dan memastikan dan mempertingkatkan keberkesanan Ahli Parlimen PKR.

"Barisan Jurucakap Parlimen yang telah dipilih menonjolkan kekuatan PKR sebagai parti politik berbilang kaum yang inklusif dan berjaya dalam sejarah Malaysia. Barisan ini menawarkan tokoh muda, wanita, mereka yang berpengalaman di peringkat Kerajaan Persekutuan dan negeri, pernah bekerja di pihak korporat, berkhidmat di kesatuan sekerja dan juga aktivis-aktivis masyarakat,"katanya.

Katanya dengan kewujudan Jurucakap Parlimen  ini, setiap keputusan Kabinet PN akan disemak imbang dengan lebih efektif dan memastikan kecekapan dan keberkesanan Ahli Parlimen PKR akan dipertingkatkan.

Nik Nazmi menambah parti itu telahpun memaklumkan kepada rakan-rakan Pakatan Harapan (PH) mengenai penubuhan Jurucakap Parlimen PKR ini dan rakan-rakan PH juga sedang giat membuat persiapan untuk sidang Parlimen ini.
tamat



Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »