BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

PH calonkan Anwar Ibrahim PM

KUALA LUMPUR 6 Julai: Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) hari ini komited dengan pendirian asal untuk menyokong Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri.

Majlis itu dalam kenyataan hari ini berkata, semua usaha ke arah pengembalian mandat rakyat perlu dijalankan dan memerlukan sokongan semua pihak.


“Kami juga memberikan mandat penuh kepada Anwar  untuk meneruskan perbincangan dengan semua pihak termasuk Presiden Parti Warisan Sabah Datuk Seri Shafie Apdal bagi menyempurnakan pengembalian mandat tersebut.

“Kami telah membincangkan usaha-usaha mengembalikan mandat rakyat dan Pakatan Harapan sebagai Kerajaan Persekutuan termasuk cadangan pencalonan Shafie Apdal sebagai calon Perdana Menteri,” kata majlis itu selepas mesyuarat di sini hari ini.

Kenyataan itu ditandatangani bersama Anwar Ibrahim Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Mohamad Sabu dari Parti Amanah Negara (AMANAH) dan Lim Guan Eng dari Parti Tindakan Demokratik (DAP).

Mesyuarat itu turut memutuskan sebulat suara  menolak usul Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tan Sri Muhyiddin Yassin menggugurkan  Tan Sri Ariff Yusuf sebagai Yang di-Pertua Dewan Rakyat, dan YB Nga Kor Ming sebagai Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.

Majlis berpendapatan, sekiranya berlaku Pilihanraya Umum tergempar sebelum tamat tempoh lima tahun, maka Kerajaan-Kerajaan Negeri yang ditadbir Pakatan Harapan sewajarnya diteruskan dan tidak dibubarkan.

“Majlis Presiden konsisten dengan pendirian bahawa fokus Kerajaan Persekutuan dan Negeri ialah untuk membantu rakyat pasca penularan wabak COVID-19.”

Kredit gambar Facebook Anwar Ibrahim 

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »