BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

PH batalkan projek Jalan Jelalong, ADUN Murum


BELAGA - Mangkong palak sendiri. 

Mungkin itu yang paling sesuai menggambarkan kenyataan Ketua Cabang Keadilan Hulu Rajang, Abun Sui Anyit berhubung isu kerosakkan jalan Ulu Jelalong di kawasan DUN Murum.

Hari ini Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Murum, Kennedy Chukpai Ugon menempelak kerajaan Pakatan Harapan (PH) dan PKR yang menuduh wakil rakyat tidak mengambil apa-apa tindakan untuk membaiki jalan itu.
“Saya sama sekali tidak setuju dengan tohmahan yang dilemparkan bahawa saya tidak melakukan apa-apa, walhal PH yang batalkan projek dan peruntukan. Lagipun dia sengaja pergi masa hujan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kennedy berkata, beliau telah mencadangkan kepada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah pada 2016 untuk menaiktaraf jalan Ulu Jelalong yang merupakan bekas jalan balak.

“Projek ini diluluskan dengan peruntukan sebanyak RM17.4 juta. Perunding pun sudah dilantik namun projek ini dibatalkan pada 30 Julai 2018 selepas PH memerintah.”

“Projek itu kemudian diteruskan oleh Kerajaan Negeri menerusi JKR Sarawak dan perunding baharu turut dilantik. Namun perlaksanaan projek itu ditangguhkan berikutan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini,” katanya.

Beliau menambah, beberapa projek pembangunan sedang giat dilaksanakan oleh URDA, SEB dan SMA untuk rakyat dikawasan itu.

Ia termasuk dua projek naiktaraf jalan bekas balak ke Rh. Jeranding / Rh. Aban, Ulu Jelalong, Tubau sepanjang 3.5km dan ke Rh. Joseph Gawing/SK Kebulu, Jelalong, Tubau.

Projek menaiktaraf jala standard R1 ini sedang dilaksanakan dibawah URDA.

SEB juga sedang melaksanakan penyambungan bekalan elektrik melalui grid di bawah Projek Rakyat Fasa 1 dan 2 ke setiap kampung di kawasan ini sedang giat dilaksanakan.

Selain itu, SMA sedang dalam pembinaan dua daripada enam pencawang telekomunikasi di kawasan Tubau iaitu di Rh. Joseph Gawing dan Rh. Jusong, Ulu Jelalong.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »