BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

PGA Sibu rampas 1,361 karton minuman keras

SIBU: Pasukan Cawangan Risik Batalion 10 Pasukan Gerakan Am(PGA)Sibu merampas sebanyak 1,361 karton minuman keras pelbagai jenama disyaki tanpa cukai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dalam serbuan di sebuah stor Jalan Fookui, Jalan Oya Lama, di sini, pagi semalam.

Dalam serbuan jam 9.15 pagi itu,seorang wanita dipercayai bekerja sebagai penjaga stor ditahan.

Pegawai Pemerintah Batalion 10 Pasukan Gerakan Am (PGA) Sibu, Superintenden Mohammad Hafiz Kadir berkata, modus operandi yang digunakan ialah menjadikan stor di kawasan pesisir bandar sebagai tempat penyimpanan barang-barang tanpa cukai seperti rokok, bir dan mercun.

"Barangan seludup ini dipercayai diedarkan ke sekitar bandar Sibu,malah bagi mengaburi mata pihak berkuasa mereka mereka menyimpan barangan harian yang lain di stor yang sama,"katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, anggaran keseluruhan nilai rampasan adalah sebanyak RM259,000 termasuk cukai.

"Kesemua rampasan dan tangkapan telah diserahkan kepada pihak Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu untuk tindakan dan siasatan lanjut,”ujarnya.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 135 (1) (d) Akta Kastam 1967 yang boleh membawa hukuman denda RM 100,000.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »