BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

PGA rampas rokok seludup lebih setengah juta

KUCHING:Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Sarawak merampas pelbagai jenis rokok dianggarkan bernilai RM561,674 dalam Op Libas di dua buah rumah di Taman Desa Wira, di sini hari ini.

Komandernya, SAC Mancha Ata berkata,operasi tersebut dijalankan mulai jam 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari.

Menurutnya,dalam serbuan pertama di pihaknya berjaya menemui 2,886 karton rokok putih serta kretek yang dianggarkan bernilai RM429,088 termasuk cukai.

"Seorang lelaki tempatan berusia 41 tahun ditangkap.

"Serbuan kedua di lokasi yang sama
kita merampas 919 karton rokok putih serta kretek yang dianggarkan bernilai RM132,586,seorang lelaki berusia 52 tahun ditangkap,"katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya,kedua-dua rumah tersebut dijadikan stor penyimpanan serta tempat jualan rokok-rokok tersebut yang disyaki diseludup masuk ke negara ini.

"Kesemua rokok dan suspek kemudian diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padawan untuk siasatan lanjut,"ujarnya.

Beliau berkata,siasatan dijalankan di bawah Seksyen 135 (1) (D) Akta Kastam 1967.

"Jika disabitkan kesalahan boleh didenda RM100,000 atau 10 kali nilai duti atau penjara tidak kurang enam bulan dan tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali," tegasnya.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »