BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

PGA patah cubaan seludup PATI guna bas

KALABAKAN, 17 Julai (Bernama) -- Pasukan Gerakan Am (PGA) menahan 11 pendatang asing tanpa izin (PATI) dan dua lelaki tempatan dalam Op Benteng di KM 21 Jalan Kalabakan-Keningau, semalam. 

Pegawai Pemerintah Batalion Ke-14 PGA , Supt Mohd Yacob Murad berkata pendatang asing berusia antara lima hingga 52 tahun itu gagal mengemukakan dokumen perjalanan sah semasa sekatan jalan raya dalam operasi berkenaan.

“Sementara dua lelaki tempatan mendakwa mereka hanya sebagai pengangkut membawa mereka ke daerah lain dalam sebuah bas sekolah, kata beliau dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohd Yacob berkata mereka yang ditahan mendakwa mereka bekerja di ladang kelapa sawit berhampiran.

Kesemua mereka dibawa ke Ibu pejabat Polis Daerah Tawau untuk tindakan lanjut.

Ahad lepas, 13 PATI termasuk seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun ditahan anggota PGA semasa Op Benteng berhampiran sebuah kios Petronas di Jalan Kalabakan. 
-- BERNAMA

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »