BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

PGA gagalkan cubaan seludup rokok dan arak bernilai RM 238,200

BAU: Batalion 11 Pasukan Gerakan Am, 
Kuching mengagalkan cubaan menyeludup rokok dan arak bernilai RM 238,200 dalam operasi ‘Op Libas’ yang dijalankan di sebuah premis di daerah Bau,semalam.

Pegawai Pemerintah Batalion 11 Pasukan Gerakan Am Kuching, Superintendan Rosdi Inai berkata, operasi dijalankan oleh seramai 11 pegawai dan anggota dari Batalion 11 PGA yang diketuai oleh 
Pegawai Risik Batalion dengan kerjasama tiga pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sarawak jam 1.20 tengah hari atas risikan dan maklumat yang diperoleh.
"Sebanyak 513 karton rokok putih, 300 karton rokok kretek dan 412 kotak minuman keras yang disembunyikan di dalam premis berkenaan dirampas," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya,hasil pemeriksaan mendapati pemilik premis berkenaan gagal menunjukkan sebarang dokumen yang sah berhubung pemilikan barang tersebut.
"Kita juga menahan seorang lelaki tempatan berusia 39 tahun yang dipercayai pemilik premis tersebut kerana 
cubaan memberi suapan kepada penjawat awam sebanyak RM3,000 sebagai balasan untuk tidak mengambil tindakan di atas kesalahan tersebut.


“Hasil maklumat yang diperoleh, barangan ini dipercayai diseludup dari negara jiran melalui jalan darat dan akan dipasarkan di sekitar Kuching dan Bau,"tegasnya.

Kes diserah kepada pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bau untuk disiasat mengikut Seksyen 135 (1) Akta Kastam 1967 yang membawa hukuman denda minimum 10 kali nilai barang dan maksimum 20 kali nilai barang atau penjara tiga tahun jika sabit kesalahan.

Bagi kes cubaan memberi suapan, tangkapan diserah kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk siasatan lanjut mengikut Akta SPRM yang boleh membawa hukuman denda minimum lima kali nilai suapan atau penjara 20 tahun jika sabit kesalahan.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »