BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Petugas kaunter pertanyaan di Taman Negara Bako maut kemalangan

KUCHING: Petugas kaunter pertanyaan di Taman Negara Bako maut setelah motosikal ditunggang terbabit kemalangan dengan kereta di persimpangan PCC Demak, Jalan Bako, di sini, tengah hari tadi.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Superintendan Alexson Naga Chabu berkata,dalam kejadian jam 12.15 tengah hari itu, mangsa, Mohd Izzat Nurulhaq Asjmakhan, 24, beralamat di Batu 5, Jalan Matang, Taman Dahlia maut serta-merta di tempat kejadian akibat kecederaan di bahagian kepala.

Menurutnya,kemalangan berpunca daripada pemandu kereta yang datang dari arah Bako menuju ke PCC Demak.

"Apabila sampai di simpang PCC Demak, pemandu kereta membelok ke arah sebelah kanan dan telah dilanggar oleh penunggang motosikal  yang bergerak lurus dari arah Petrajaya menuju ke Bako. 

"Penunggang motosikal disahkan meninggal di tempat kejadian oleh pihak perubatan Hospital Umum Sarawak (HUS),"katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, pemandu kereta berusia 34 tahun dan penumpang berusia 44 hanya mengalami kecederaan ringan dalam kejadian itu.

"Mayat mangsa dihantar ke HUS dan bedah siasat akan dilakukan esok hari.

"Kedua-dua kenderaan ditahan untuk pemeriksaan Puspakom,"katanya.
 
Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »