BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Pesakit Kanser Rayu Bantuan Jaga Anak Istimewa

KUCHING - Seorang bapa tunggal yang merupakan pesakit kanser hadapi kesusahan dalam menyara 4 anaknya di mana 2 daripada merupakan kurang upaya di Kampung Rantau Panjang, Batu Kawa.

Menurut Pengasas Hope Place, Kelvin Wan, Barkaline Hassan, 49, telah bercerai dan disahkan menghidap kanser tekak pada tahun lalu membuatkan hidupnya bertukar 360 darjah.

Katanya, sebelum itu Barkaline dapat menyara keempat anaknya dengan upah harian bagi kerja pembinaan namun dia terpaksa berhenti ekoran soal kesihatan.

"Dia mula menjalani rawatan kimoterapi pada April lalu dan mula alami kesukaran bercakap malah hanya dapat berbisik sedikit.

"Ketika ini, Barkaline menggunakan tiub makanan yang dihubungkan terus pada perutnya. Bahkan dia hanya dapat mengambil susu telung Nutren Optimum sebagai makanan yang mana 1 tin boleh bertahan bagi 4 hari," katanya dalam kenyataan di sini sebentar tadi.

Tambahnya, dia bersama 3 anaknya disara oleh anak sulungnya yang bekerja di Emart. 

"Bagaimanapun, anak perempuannya itu tak mampu menanggung bil perubatan Barkaline termasuk susu tepung khas berkenaan.

"Sehubungan itu, Hope Place ingin mencari penaja bagi Nutren Optimum diperlukan Barkaline sebagai makanannya," jelasnya.

Anak ketiga Barkaline berusia 15 tahun bukan hanya kurang upaya malah mempunyai penyakit auto imun. Sementara itu, anak bongsunya pula mempunyai pelbagai kurang upaya.

Kesusahan Barkaline diketahui selepas cikgu kepada Aiman memaklumkan kepada Hope Place selepas anaknya itu tidak hadir ke sekolah khas sejak beberapa bulan pada awal tahun ini sebelum membuat lawatan ke rumah.

Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi Hope Place ditalian 013-5672775. Ketika ini Hope Place sedang menyara lebih 190 keluarga yang memerlukan.

Buat sementara ini, Hope Place tidak menerima barangan 2nd hand ketika di bawah PKPP.

Jika ada pihak atau orang awam berminat untuk menyumbang boleh salurkan kepada akaun Maybank - Persatuan Kebajikan Harapan Kuching  5112-8900-1160.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »