BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Permasalahan rakyat di Lubok Antu akan dibawa ke Dewan Rakyat


KUCHING 6 Julai: Kebajikan rakyat di Parlimen Lubok Antu akan terus diutamakan melalui perlaksanaan projek yang menguntungkan semua rakyat tanpa mengira ideologi politik mereka.

Ahli Parlimen Lubok Antu Jugah Muyang berkata, ini bagi memastikan hak rakyat terbela dan tiada yang terpinggir daripada nikmat pembangunan.

“Usaha tersebut melalui pelbagai program pembangunan dilaksanakan kerajaan persekutuan untuk manfaat rakyat keseluruhannya.”

“Oleh itu, sokongan padu terhadap kepada Ahli Parlimen di kawasan masing-masing mesti diperkukuhkan untuk memudahkan pelaksanaan pembangunan di kawasan terbabit,” katanya berucap pada majlis Pemimpin Bersama di Rumah Jaong, Lubok Pantu, Ulu Engkari, hari ini.

Jugah berkata, kerajaan ingin mengetahui apakah aspirasi mereka dan apakah permasalahan mereka untuk dibantu serta diberi keutamaan.

Katanya, menjadi dasar keutamaan untuk mempercepatkan pembangunan di luar bandar bagi merapatkan jurang kemiskinan antara luar bandar dan bandar.

Pada majlis itu beliau menyampaikan peruntukkan sebanyak RM70,000 untuk pembinaan parit Rumah Jaong dan RM13,000 kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK); PIBG SK Ulu Engkari (RM20,000) mananakala JKKK Rumah Bada, Nanga Talong dan JKKK Rumah Patrick Tarum, Buai masing-masing RM5,000.

Majlis yang berlangsung sederhana namun cukup meriah dengan pelbagai aktiviti santai dihadiri lebih 250 tetamu sekitar Lubok Pantu.

“Saya akan melakukan yang terbaik membawa suara dan denyut nadi permasalahan mereka di persidangan Dewan Rakyat,” katanya.

Hadir sama Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Lubok Antu Jim Andrew Janggi, Mejar Bersara Michael Japang dan tuai-tuai rumah dari kawasan sekitar Lubok Pantu, Ulu Engkari.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »