BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Perikatan Nasional akan beri Sarawak lesen Internet demi masyarakat luar bandar

Sarawak tunggu lesen untuk 
jaringan internet luar bandar

KUCHING: Kerajaan Sarawak dalam usaha mendapatkan lesen untuk Lembaga Multimedia Sarawak (SMA) bagi membangunkan jaringan internet terutama di kawasan pedalaman.

Ketua Menteri Sarawak Datuk Abang Johari Openg berkata, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Saifuddin Abdullah secara prinsip telah bersetuju mengenai perkara tersebut selepas perbincangan sebelum ini.

Beliau berkata, syarikat telekomunikasi yang tidak mahu membangunkan jalur lebar di kawasan pendalaman salah satu punca terjadinya masalah internet di kawasan luar bandar.

“Apa yang berlaku kini, kita ada menara tetapi tidak ada piring satelit. Masalahnya syarikat telekomunikasi tidak berminat ke kawasan luar bandar berkenaan kerana beranggapan tidak memberi keuntungan dan pasaran buat mereka.

“Sebab itulah saya mohon kepada Kementerian Komunikasi dan Multimedia untuk memberikan lesen kepada Sarawak bagi membolehkan kerajaan negeri membangunkan internet jalur lebar di kawasan tertentu.

"Apabila sudah ada isyarat sudah tentu kita ada penyambungan internet,” katanya selepas majlis pelancaran bas sekolah percuma di bangunan pejabat SMA.

Beliau berharap, permohonan untuk lesen tersebut akan diluluskan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kadar segera.

Katanya,Kerajaan Sarawak menyasarkan liputan internet ke seluruh Sarawak menjelang 2025.

Menurutnya, setakat ini kerajaan negeri telah membina lebih 170 menara telekomunikasi daripada 300 menara di bawah projek SMA.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »