BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Percepat pembangunan untuk rakyat

GEDONG: Peruntukan daripada kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri untuk pembangunan di kawasan-kawasan parlimen amat membantu terutamanya dalam mempercepatkan proses pembangunan untuk dimanfaatkan rakyat.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Sri Nancy Shukri berkata,sebelum ini kebanyakan projek di kawasan parlimen Batang Sadong telah diambilalih dan diteruskan kerajaan negeri.

"Apabila kita sudah bersama kerajaan persekutuan, kerajaan persekutuan banyak meluluskan projek-projek yang kita cadangkan.

"Justeru, kita memerlukan penyelarasan kerana kita sudah ada peruntukan daripada kerajaan persekutuan dan negeri,"katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas memantau dan meninjau perkembangan projek-projek siap, sedang dilaksanakan serta yang dicadangkan di Zon Punggor hari ini.

Ahli Parlimen Batang Sadong itu berkata, dengan adanya kedua-dua peruntukan itu,ia akan membantu mempercepatkan lagi proses pembangunan khususnya di kawasan itu.

"Antaranya ialah projek naiktaraf ban di Kampung Benat di bawah peruntukan Agensi Pembangunan Wilayah Bersepadu Samarahan, (IRSDA) bagi tahun 2020.

"Selain itu,cadangan bina baru dataran kejat termasuk perparitan di Kampung Lubok Punggor,"katanya.

Beliau turut meninjau projek siap Jalan Premix Kampung Sungai Ba serta bina baru Surau Lubok Samsu.

Dalam pada itu, Ketua Kampung Lubok Samsu, Wan Hasbi Wan Ismail menarik nafas lega setelah penantian beberapa tahun untuk pembinaan baru surau di kampung itu, berakhir tidak lama lagi.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »