BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Penganggur kantoi miliki syabu di Bau

BAU: Penganggur menunggang motosikal dicekup memiliki serbuk Methamphetamine seberat 5.10 gram di tepi Jalan Blacksmith, malam tadi.

Ketua Polis Daerah DSP Poge Anak Nyaon berkata, suspek yang menunggang motosikal motosikal Yamaha Lagenda Merah ditahan dalam keadaan mencurigakan kira-kira jam 11.30 mlm. 

Katanya, hasil pemeriksaan telah menjumpai satu beg kecil berzip berwarna coklat mengandungi lapan paket plastik kecil lutsinar berisi ketulan Kristal disyaki dadah jenis syabu yang dikeluarkan dari dalam poket kecil seluar suspek.

" Anggaran keseluruhan berat kasar adalah (5.10 Gram) bernilai RM600.

"Ujian saringan awal mendapati suspek juga positif Amphetamine dan Methamphetamine," katanya dalam kenyataan. 

Beliau berkata, suspek yang mempunyai rekod kesalahan lampau akan diperintah reman mulai hari ini.

"Bagi hukuman Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952, jika disabit dengan kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara 2 hingga 5 tahun dan juga dikenakan hukuman 3 hingga 9 sebatan.
 
"Manakala, Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 - jika sabit dengan kesalahan boleh didenda sehingga RM5,000 atau penjara tidak lebih 2 tahun dan Perintah Pengawasan tidak kurang dua tahun dan tidak lebih tiga tahun Seksyen 38B Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »