BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Penganggur diberkas miliki syabu

BAU: Seorang penganggur diberkas kerana memiliki dadah jenis syabu anggaran berat kasar 1.01 gram.

Remaja lelaki berusia 20 tahun itu ditahan bertempat di hadapan kedai runcit,Jalan Jambusan, di sini, jam 4.45 petang semalam.
Ketua Polis Daerah Bau, DSP Poge Nyaon berkata, suspek ditahan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) ,Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bau dalam keadaan mencurigakan. 

"Ketika pemeriksaan dilakukan
suspek sendiri telah mengeluarkan di dalam poket kecil belah kanan seluar pendek yang dipakai dan menyerahkan sendiri satu peket plastik kecil lutsinar yang mengandungi serbuk kristal disyaki dadah jenis syabu,"katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya,suspek ditahan di bawah Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952. 

"Ujian saringan awal mendapati suspek juga positif Amphetamine dan Methamphetamine dan ditahan di bawah Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952. 

"Seterusnya suspek ditahan di lokap Balai Polis Daerah Bau untuk tindakan lanjut,"ujarnya.
 
Katanya, tahanan reman terhadap suspek akan dipohon hari ini.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »